Thursday, June 19, 2008

Fakta?? Judge it yourself!! chill!!

Sebab wanita lebih cepat nampak tua & lelaki cepat BUNCIT..

Sebab wanita lebih cepat nampak tua Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi sisuami.. layan jer sambung makan, buat2 tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan 'kau ni kuat betul makan!'
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat-buat tido lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya, wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... tak kan nak hilangnya. Petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah-marah... dan bila marah-marah, banyak leter, so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. .. wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
Sebab lelaki cepat BUNCIT: lelaki cepat buncit pas kawin pasal asik-asik makan tido...sebahagian daripada kerja mereka masa bujang si isteri dah ambil alih.. tu yg perut dah rope macam tayar bas... hehehe jgn marah just for fun!!

No comments: